Skip to main content

Trend Pasaran

Individu Mengaku Sebagai Imam Masjid Dakwa Pasangan Tular Belum Berkahwin

astro-gempak-imam.jpg

Seorang individu yang mengaku dirinya sebagai imam dari Masjid Al-Maarufi, Seberang Kota, Kedah memperjelaskan status hubungan pasangan yang didakwa sebagai suami isteri yang tular bersama bayi mereka baru-baru ini.

Dakwa imam berkenaan, pasangan tersebut sebenarnya masih dalam proses untuk mendirikan rumah tangga dan pernah dinasihatkan oleh pihak masjid untuk tidak tinggal serumah.

“Sebelum ini, kami pernah hadir ke rumah mereka dan nasihatkan mereka untuk tidak tinggal serumah buat sementara waktu. Perbincangan kami pada malam tu… nampak tiada perubahan.



“Jadi, kami panjangkan kepada pejabat agama. Pada 1 September 2023, pihak pejabat agama hadir dan pihak perempuan dihantarkan pulang ke rumah ibunya.

“Kami ingatkan tindakan kami sudah selesai, sehinggalah tular yang sehingga kini, mereka masih lagi bersama dan status mereka masih dalam proses untuk berkahwin,” katanya.
 

Sementara itu, Gempak sedang berusaha mendapatkan komen dan maklumat lanjut daripada pasangan berkenaan mengenai isu ini.

Sumber: Facebook, TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Dera Anak Digugurkan, Ibu Dedah Kronologi Kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”

Must-Watch Video

Advertisement