Menerusi pendedahan yang dibuat kepada Gempak, seorang pengasuh bayi mendakwa selebriti media sosial tersebut enggan menjelaskan bayaran upah mengasuh bayi.
Difahamkan, selebriti media sosial itu tidak memberi kerjasama yang baik apabila diminta untuk melunaskan bayaran pengasuh tersebut yang berjumlah ratusan Ringgit.
Malah anaknya yang ketika itu berusia tiga bulan kini sudah mencecah umur satu tahun. Namun bayaran pengasuh masih belum dijelaskan.
Walau bagaimanapun, individu tersebut tidak lagi mengambil upah mengasuh anak selebriti tersebut sejak Julai tahun lalu.
Turut Menipu Pengasuh Lain
Individu tersebut turut mendakwa bukan dia sahaja menjadi mangsa penipuan, sebaliknya ada individu lain yang turut menimpa nasib sama apabila selebriti media sosial itu enggan menjelaskan bayaran pengasuh.