Pelakon Liyana Jasmay baru-baru ini memuat naik hantaran di TikTok memperlihatkan dirinya sedang menikmati makanan tanpa mengenakan sebarang mekap.
Menerusi bahagian kapsyen video tersebut, Liyana mendedahkan dirinya tidak tidur selama lebih 16 jam kerana terlibat dalam satu penggambaran.
“Bila belum tidur lebih dari 16 jam dan dapat makan burger sedap ni nak nangis!
“Semalam penat berlakon kena rasuk lebam kaki, darah telinga, mata kabur, tapi Alhamdulillah untuk segalanya,” tulisnya.