Skip to main content

Media Sosial

“Ini Merupakan Pencapaian Terbesar Saya” - Scha Elinnea Syukur Tercalon GMWA24, Ucap Terima Kasih Kepada Peminat

astrogempak_scha_elinnea_terharu_peminat_sokong_gmwa2024.jpg

Pelakon, Scha Elinnea berasa terharu apabila tercalon dalam Top 5 Selebriti Tergempak 2024 di Gempak Most Wanted Awards 2024.  

Menurut Scha, atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Muben, 25, pencalonan ini dianggap sebagai salah satu pencapaian terbesar dalam kariernya sebagai pendatang baharu dalam industri seni lakonan.  

“Alhamdulillah, sudah semestinya saya berasa sangat gembira. Saya rasa ini adalah salah satu pencapaian terbesar buat saya.


Scha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung di Dadi Cinemas, Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya lagi, dia juga tidak menyangka peminat sanggup meluangkan masa untuk mengundinya dalam kategori yang dicalonkan.  

“Saya tergamam dan sangat terharu apabila memikirkan siapa yang sanggup meluangkan masa untuk mengundi saya dalam kategori Selebriti Tergempak 2024 dan Drama Tergempak 2024,” ujarnya.

Dalam pada itu, Scha juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong dan mengundinya dalam kategori yang dicalonkan di Gempak Most Wanted Awards 2024.  


“Kepada peminat yang tidak pernah berhenti mengundi saya, terima kasih sangat-sangat. Saya amat menghargai kesungguhan anda semua yang telah mengundi saya di Gempak Most Wanted Awards 2024 ini.  

“Saya tiada apa yang dapat membalas jasa anda semua, dan kata terima kasih sahaja tidak cukup.  

“Untuk peminat yang mengundi saya, sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih. Saya sangat sayangkan anda semua,” ucapnya.

Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari.

Must-Watch Video

Advertisement