Berita baik buat ‘kaki karaoke’ yang nak lepaskan gian menyanyi. Lepas ini tak perlu risau lagi tak boleh ke tempat karaoke kerana SOP.
Habiskan masa di rumah dengan keluarga pun syok juga, lebih-lebih lagi kalau ada set karaoke yang cukup ‘smart’ canggih dengan rekabentuk yang elegan penuh bergaya!
Menarik kan idea ni? Jimat pun jimat sebab korang boleh karaoke seberapa lama yang korang nak, setiap hari pun tak apa.
Suasana mungkin tak sama dengan pusat karaoke. Cuma, dengan perkembangan teknologi sekarang yang lebih canggih, apa pun boleh jadi!
Nah! perkenalkan satu alternatif bagi korang yang suka berkaraoke iaitu… POPSICAL Karaoke!

Lagi padu, tak perlu lagi susah-susah nak setup set karaoke dengan amplifier, mikrofon, pembesar suara, dan sistem karaoke. Nak kena ada VCD lagi kan? Lecehnya!
Ucap selamat tinggal kepada semua tu, sekarang kita Popsical!
Serius memang sangat mudah untuk kita menyediakan sistem karaoke ini, Popsical telah hadir dengan Popsical REMIX yang menyediakan kemudahan mikrofon ini dalam satu set.
Setiap pembelian Popsical Remix akan dibekalkan dengan dua mikrofon, yang mana kedua-duanya dihubungkan melalui penerima UHF pada perkakasan alat ini.

Setiap mikrofon ini dikuasakan dengan dua biji bateri AA bagi memudahkan proses pertukaran bateri.
Popsical Remix masih menyediakan fungsi yang serupa seperti Popsical TV dengan menyediakan lebih 230,000 buah lagu dengan 14 bahasa! Wowwww!
Alat ini dihubungkan kepada WiFi atau ethernet, dan kemudiannya boleh dikawal melalui telefon pintar Android atau iPhone.
Lagu yang disediakan adalah berasaskan awanan, jadi ia sentiasa dikemaskini bagi menyediakan lagu terkini kepada pengguna.
