Berita Tempatan "Inilah Aturan Yang Terbaik Dari Allah" - Boy Iman Akui Sudah Bercerai Dengan Isteri Rozaimi Zubaidi 15/08/2019 | 13:05 MYT Maka ramailah yang bertanya khabar, menyatakan simpati, meluahkan rasa kesal, menasihati saya dan sebagainya walaupun sebelum ini tidak pernah pun call atau text. Waima likes atau satu komen pun payah. Kalau posting pasal business lagilah payah. Watak2 sebenar mereka ini akan muncul apabila adanya kisah saya seperti mereka lihat di dalam cerekarama atau drama2 melayu di tv. Watak2 yang cuba isi borang pun ada seperti "i kesian kat u, i dah lama minat u, i rasa u akan dapat org yg lbh baik dan bla bla bla". Saya menerimanya sebagai satu yg positif dan cuba memberi motivasi, semangat kepada saya utk menerima dugaan berat ini. Saya dah berpisah dengan isteri pada 20hb April 2018 cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah perpisahan kerana realitinya ia sgt menyedihkan. Apatah lg yg menjadi mangsa selain hati kami adalah hati anak2 kami. Lebih2 lagi emmer, nyawa saya, jantung hati saya dan geng saya main pubg, jln2 dan minum teh tarik. Apa2 pun terima kasih atas keprihatinan anda dan perhatian yang diberi. Saya mohon doa dari anda untuk kebahagiaan saya, bekas isteri, anak2 dan kebahagiaan anda jua di dunia dan akhirat. Inilah aturan yg terbaik dari Allah dan jodoh itu kerja Dia. Kita hamba-Nya bukan Tuhan maka redhalah apa yg Allah rencanakan utk kita. Salam maghrib! #boyiman #datoboyiman #datodrboyiman #dbi A post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman_dbi) on Aug 13, 2019 at 4:33am PDT Topik Berkaitan #pelakon #pelakon #Boy Iman Must-Watch Video Read more