Pelakon Fattah Amin mendedahkan yang gambar Nur Fazura bersama Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi wallpaper yang diset pada telefon bimbitnya.
Menerusi temu bual di TikTok Pa&Ma, Fattah berkata, gambar berkenaan telah lama digunakan sebagai wallpaper, memandangkan usia Fatima ketika foto tersebut dirakam sekitar satu hingga dua tahun.
“Keluarga adalah nombor satu. Ke mana-mana pun saya, ini wallpaper saya. Fatima dan mommy dia.
“Lama dah gambar ni, Fatima umur satu hingga dua tahun. Lama saya simpan. Bila shooting ke ini yang jadi peneman. Sebab kita kan always on the phone,” tutur Fattah.
Dalam masa sama, Fattah sebagai ketua keluarga sentiasa mencari waktu untuk melakukan aktiviti bersam anak dan isteri.
“Of course banyak benda yang boleh kita buat bersama, kita akan buat. Contoh solat berjemaah. Kalau masing-masing busy pun, kita akan sentiasa cari masa makan sekali, layan anak sekali.
“Walau sesibuk mana pun kami, tapi sentiasa cari masa buat something together. Eratkan hubungan,” jelas Fattah lagi.
Sumber: TikTok