Ibu kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim memberitahu, berkemungkinan besar dia terpaksa meraikan sambutan Aidilfitri di dalam negara sahaja pada tahun ini buat pertama kali.
Ini kerana menurut Rozita, selama bergelar ahli perniagaan, dia sekeluarga akan memanfaatkan waktu perayaan dengan pergi bercuti ke luar negara pada setiap tahun.
"Sepanjang saya bisnes, raya ketiga saya dah fly dengan keluarga saya.
"2020 ni lah pertama kali saya raya dok Malaysia nampaknya. Dah rancang berhajat nak ke Amsterdam terus ke Iceland raya ni!," luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam posting tersebut, Rozita turut berkongsi gambar kenangan dirinya bersama keluarga ketika bercuti di luar negara sewaktu Aidilfitri.
Berita Tempatan
"Inilah Pertama Kali Saya Raya Dok Malaysia Nampaknya" - Ibu Aliff Syukri