Skip to main content

Rancangan Realiti

"Insan Ini Mengorbankan Masa Dengan Keluarga, Makan, Tidur Demi Seni" - Imran Ajmain Sanjung Usaha Fazley Hempas Pulas Demi GV8

temubual-eksklusif-(60)_1.png

Penyanyi Imran Ajmain memuji usaha dan pengorbanan yang dilakukan sahabat karibnya, Datuk Fazley untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu sepanjang di Gegar Vaganza 8 (GV8).

Jelas Imran, Fazley telah berjuang sehabis daya dan meletakkan sepenuh dedikasi biar terpaksa membataskan waktu buat keluarga diri dan bisnesnya.

"Dalam adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Namun, ada juga kegigihan dan usaha yang tidak terlihat langsung.

"Selama 8 minggu yang lalu, saya tidak pernah melihat seseorang meletakkan sebegitu banyak dedikasi dan kesungguhan dalam persediaan untuk persembahan.

"Minggu demi minggu, insan ini mengorbankan masa bersama keluarga, makan, minum, tidur semata mata demi seni.

"Ya, orang lain juga bertanding, orang lain juga buat yang terbaik, orang lain juga ada kerja lain dan keluarga juga. Tetapi jadual hiruk-pikuk dan tahap tekanan semasa persediaan ini (campur dengan kecaman dasyat dari netizen) tak mungkin boleh dihadapi oleh lain setenang beliau," kata Imran menerusi hantaran di Instagramnya.

 

Must-Watch Video

Advertisement