Skip to main content

Budaya Popular

Irfan Haris Kongsi Momen Fattah Amin Datang Beraya, Ibu Siap Masak Lauk Kegemaran ‘Abang Long’ - “Kak Ya Cakap Semua Kena Pakai…”

astrogempak_irfan_fattah_beraya.png

Penyanyi, Irfan Haris berkongsi momen ketika pelakon dan penyanyi, Fattah Amin datang beraya ke kediamannya yang terletak di Johor, baru-baru ini.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Irfan memberitahu, ibunya menyediakan juadah kegemaran Fattah iaitu sambal udang ketika aktor itu datang ke rumahnya.

"Ada satu hari mama saya masak, saya lihat mama masak sambal udang dalam kuantiti yang banyak.

 

"Selalu kebiasaanya kalau raya mama akan masak lauk raya macam rendang dan sebagainya, tapi kali ini sambal udang.

 

"Saya tanya ada orang nak datang beraya ke? Dia jawab abang long (panggilan Fattah) nak datang beraya. Saya terus teruja,” kongsinya.

Baju sedondon

Dalam pada itu, Irfan turut memberitahu kakaknya yang juga penyanyi Amira Othman meminta mereka sekeluarga untuk memakai baju sedondon berwarna kelabu bagi menyambut kedatangan Fattah.

 

"Masa saya tengah bersiap, kak Ya (panggilan Amira) ketuk pintu bilik cakap semua kena pakai baju warna 'grey'. Saya dah gelabah sebab tak jumpa baju warna itu.

 

"Saya geledah punya geledah akhirnya jumpa. Dan apabila saya turun ke lantai bawah, saya nampak abang long pun pakai kelabu.

 

"Satu keluarga saya pakai kelabu termasuk mama, ayah dan abang-abang saya. Apabila dah pakai sedondon itu yang kami buat konten 'velocity', menari.

 

"Tarian 'velocity' tu pun kak Ya yang ajar abang long. Saya cakap 'korang ambila jela bumi ini'. Bila post ramai suka dan cakap 'velocinta’,” ujarnya.

 

Sebelum ini, ibu kepada Fattah Amin pernah berkongsi makanan kegemaran anaknya adalah sambal udang.

@famiracle Irfan ckp cerita sini habis sini tapi sori Irfanharis larangan adalah arahan? #famiracle #fattahamin #amiraothman ♬ original sound - ????????? ᥫ᭡

Must-Watch Video

Advertisement