Viral Irma dan Diana Kongsi Pengalaman Menyantuni ANAK YATIM di Gaziantep dan Bosnia. Ya Allah, Sedih... Afiza Kamarulzaman 24/10/2020 | 18:46 MYT Sisters Care For Yateem: Kongsi Rezeki Gembirakan Anak Yatim Shudha Rani kehilangan ayah ketika dia berusia 22 hari. Ayahnya seorang pekerja buruh dan ibunya seorang suri rumah. Setelah pemergian ayahnya, mereka cuba menumpang hidup di rumah nenek dan datuknya. Namun, atas faktor kesihatan dan kekurangan bilik di rumah itu, Shuda dan ibunya terpaksa tinggal di sebuah pondok milik bapa saudaranya. Tiada perigi atau sumber air berdekatan untuk diminum dan digunakan dalam kehidupan seharian. Mereka terpaksa membuang air secara terbuka kerana tiada tandas disediakan. Akibatnya, dua beranak ini hidup menderita dijangkiti pelbagai penyakit seperti disenteri, cirit-birit dan penyakit bawaan air yang lain. Bagi meneruskan kelangsungan hidup, ibu Shudha mula bekerja. Malangnya, disebabkan tradisi sosial di Bangladesh, pendapatannya hanya 50-60 taka bersamaan RM2.45 sahaja sehari. Kehidupan yang mereka jalani sangat susah dan memeritkan, namun ibu Shudha tetap mengutamakan pendidikan anaknya. Kisah survival Shuda hanyalah satu daripada ratusan ribu lagi penderitaan yang dialami anak yatim di seluruh dunia. Shuda tidak minta diuji begini. Shuda juga berhak memiliki kehidupan yang bahagia dengan keperluan yang sempurna sama seperti kanak-kanak lain. Semoga inisiatif MyYateem dapat memberi kehidupan yang lebih baik buat kanak-kanak seperti Shudha. Jadi, marilah sama-sama kita berkongsi rezeki dengan anak yatim seperti Shuda dengan menyokon inisiatif projek Sisters Care For Yateem bersama Diana Amir & Irma Hasmie. Semoga Allah merahmati niat dan usaha murni kita semua untuk membantu mereka yang memerlukan. Cara menyumbang: 1. https://www.launchgood.com/sisterscareforyateem 2. CIMB Islamic Relief Malaysia (No akaun: 8602073818). Remarks: LG_Ikon / LG_IrmaDiana dan hantarkan kepada http://wasap.my/60196379788/MyYateem#CareforOrphan #sisterscareforyateem A post shared by IRMA (@irmahasmie) on Sep 29, 2020 at 8:59pm PDT Topik Berkaitan #Irma Hasmie #Diana Amir #Sisters Care For Yateem Must-Watch Video Read more