Nama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan isterinya yang digelar Ibu Negara, Olena Zelenska sedang menjadi perbualan dunia.
Pasangan ini mengejutkan banyak pemerhati politik dan dunia seni apabila keduanya muncul secara eksklusif dalam sesi pemotretan untuk muka depan majalah Vogue edisi digital, Oktober 2022.
Vogue sebenarnya menampilan Zelenska secara solo pada wajah hadapan, namun beberapa foto intim pasangan ini tetap diabadikan secara eksklusif oleh jurugambar selebriti kenamaan, Annie Leibovitz.
Lokasi penggambaran tersebut dijalankan di area gedung bawah tanah yang ditukar konsep seperti kubu bawah tanah bergaya klasik dan bersifat perlindungan.
Temtu sahaja sesi pemotretan tersebut menuai beragam pendapat. Ada yang menyokong, namun pasangan ini dibanjiri kritikan apabila saat ini Ukraine masih dalam fasa bergolak.