Sejak tularnya isu mengenai penyanyi Kaka Azraff yang dimalukan di sebuah akaun Instagram oleh penyokong zionis, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya peminat muzik tempatan sama-sama berganding bahu dalam memberikan sokongan terhadap penyanyi bersuara serak basah itu.
Lebih-lebih lagi apabila pemilik akaun Instagram itu serta pengikutnya mendesak syarikat rakaman Warner Music Malaysia untuk menggugurkan Kaka daripada bergelar artis di bawah naungan label berkenaan.

Rentetan daripada isu tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas XENO Entertainment, Prashan Chitty berkongsi satu hantaran di platform X mengenai keterbukaannya untuk membantu barisan artis yang mungkin terpalit dengan isu ini.
Kepada mana mana artis yg digugurkan syarikat rakaman kerana menyokong Palestine, boleh cari saya. Sedikit sebanyak saya Cuba Bantu. ❤️