Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob melahirkan rasa sedih mengenangkan ramai yang pernah melontarkan tohmahan berbentuk bodyshaming terhadap dirinya sejak sekian lama.
Menurut Fazley, pelbagai bentuk bodyshaming pernah diterima dan ia selalunya datang daripada hampir semua lapisan masyarkat.
“Kurus salah, gemuk pun salah? Macam-macam dah betuk bodyshaming saya pernah kena. Tukang bodyshamingnya? Mak cik, pak cik, kakak, abang - basically hampir semua lapisan masyarakat ada yang jenis mulut tak ada insurans.
“Dulu masa saya badan sekeping (saya jogging 10KM setiap hari), orang cakap: ‘Kau sakit ke bro?’
“Ada juga dalam kalangan rakan-rakan cef yang tegur: ‘Kau kurus sangat bhai, orang tak makan food yang cef kurus masak. Kan mat salleh cakap, don’t trust a skinnt chef!’.
“Macam-macam kan?” tulis Fazley.
Viral
“Itu Pun Ada Mulut Lah*nat Yang Cakap Gemuk Gila Kau Sekarang Eh?” Fazley Rengsa Kenalan Asyik Kritik Saiz Tubuhnya