Penyanyi dan pelakon Izzue Islam memanjatkan rasa kesyukuran apabila berjaya membeli sebuah rumah idaman bersama isteri tercinta, Awin Nurin.
Menerusi platform TikTok, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 31, berkongsi momen menjejakkan kaki ke rumah yang siap dibina itu untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah, simpan sini buat kenangan,” tulis Izzue di ruangan kapsyen video.
Membeli rumah Eco Grandeur yang terletak di Puncak Alam, Selangor, bekas anggota kumpulan Forteen itu tidak melepaskan peluang merakam momen sewaktu mendapat kunci rumah sehinggalah lawatan mengelilingi kawasan kediamannya.