Skip to main content

Budaya Popular

Jamal Abdillah Sambut Anak Ketujuh

astrogempak_datuk_jamal_abdillah_sambut_anak_baru.jpg

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 66, selamat menimang cahaya mata ketujuh, pada jam 9.38 pagi, Selasa.

Berita gembira kelahiran bayi perempuan seberat 2.94 kilogram (kg) itu dikongsi Jamal melalui aplikasi WhatsApp.


"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Jamal dilapor mahu memberi nama Magdalena Yamani, iaitu gadis yang dipuja Nabi Yusof kepada cahaya mata kelima hasil perkongsian hidup dengan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29.

Jamal dan Zai Izzati yang dinikahi pada 1 April 2017, dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.


Jamal juga mempunyai lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.

Sumber: Berita Harian

Must-Watch Video

Advertisement