Lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan Zarina Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Elzey menasihati pelakon itu supaya tidak terus melayan dan bergaduh dengan individu yang didakwa sebagai Fathia Latiff di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Khazrul berkata, hal berkenaan jika berpanjangan bakal meninggalkan kesan dan dapat dilihat oleh anak serta cucunya di kemudian hari.
“Tak mengapa Mama, kita stop. Dia bukan level you untuk you lawan dekat media sosial. We are ready if she sues in court. You don’t worry.
“Stop pertelingkahan antara Mama dengan siapa nama budak tu? Budak senget tu? Siapa nama dia? Papa pun tak tahu. Papa pun tengok dia macam senget. Kita panggil dia budak senget.
“Mama just chill dan releks. Mama bertolak ansur sikit, jaga nama baik Papa,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok semalam.