Bekas bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Fazley Yaakob menasihati peserta GV9 agar mengambil tahu dunia media sosial selain persediaan vokal semata-mata.
Kata Fazley, setiap peserta perlu membentuk pasukan untuk membaca dan menapis komen negatif daripada netizen.
"Saya tahu ada dalam kalangan peserta GV musim ini yang berhati tisu (rapuh). Saya kenal dan rapat dengan beberapa peserta.
"Pesanan saya jika tidak kuat jangan baca ciapan di Twitter dan jangan hanya buat persediaan vokal saja tapi perlu juga ambil tahu mengenai media sosial.
"Setiap peserta juga digalakkan mempunyai pasukan media sosial yang boleh membaca atau memadam sebarang komen negatif daripada netizen.
"Jangan sesekali jatuh semangat kerana komen negatif orang atau kita membalas komen berkenaan kerana ia bukan langkah yang betul," nasihatnya.
Fazley ditemui pada majlis pelancaran menu baharu Starbucks di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara menu yang diperkenalkan dalam kolaborasi kali ini ialah Kuih Bakar Burnt Cheesecake, Brioche Murtabak Ayam, Croissant Roti John, Pau Sambal Malaysia dan Ayam Percik Linguine.
Rancangan Realiti
"Jangan Hanya Bersedia Vokal, Perlu Tahu Juga Media Sosial" - Fazley Yaakob Nasihat Bintang GV9