Dakwaan mengarut itu muncul selepas Maia Estianty berkongsi foto dirinya yang menjadi salah seorang tetamu pada majlis tersebut bergambar sama dengan BCL dan suami baharunya.
Tanpa disedari ada seekor lalat terbang berdekatan kening BCL dan ‘tertangkap’ gambar. Hal itu kemudian menjadi topik kononnya lalat tersebut merupakan jelmaan allahyarham Ashraf.
“Ini sebenarnya salah saya bila upload gambar kami bersama. Sebenarnya saya cuma ada dua keping foto dengan BCL dan Tiko jadi saya upload saja.
“Saya tidak edit atau apa jadi memang tidak perasan kalau ada lalat dirakamkan.
“Terus ada yang memberi komen berbaur mistik, itu allahyarham Ashraf katanya.
“Saya ini orangnya berfikir logik. Jangan macam-macam. Itu lalat. Hanya lalat yang mahu masuk dalam foto bersama,” jelas Maia seperti dilaporkan Detik.com yang memetik isi cerita daripada tayangan YouTube mantan isteri Ahmad Dhani itu.
Viral
Jangan Merapu Sangat! Netizen Dakwa Lalat Di Kening BCL Jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair