Skip to main content

Trend Pasaran

“Jangan Parking Dekat Sini Kalau Sayang Kereta” - Tersalah Parking Di PPR, Pemuda Sedih Side Mirror Dipatahkan

astro-gempak-kereta-rosak-ppr.jpg

Seorang lelaki berasa sedih dan kecewa apabila kereta kesayangan miliknya dirosakkan gara-gara didakwa tersalah meletak kenderaan di kawasan yang ‘tidak sepatutnya’.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook, lelaki itu berkata, dia bukanlah penduduk di kawasan kediaman PPR berkenaan.

Sebaliknya, dia hanya menumpang di rumah kakak selepas kehilangan ibu tercinta dua minggu lepas.

“Assalamualaikum. Saya bukanlah orang kaya, hanya pakai kereta buruk Kancil menumpang rumah kakak di PPR Lembah Subang 2 selepas kematian mak saya dua minggu lepas.

“Jadi, saya orang baru di situ. Malam tadi puas saya mencari parking. Dan terpaksa saya masuk parking di tepi simpang tiga. Side mirror saya lipat dan handbrake saya turunkan incase kalau saya mengganggu lalu lintas boleh tolak kereta saya ke depan,” katanya.

“Pagi tadi sebelum saya masuk kerja, saya nak alihkan kereta. Tapi parking masih lagi penuh. Dan saya terus masuk kerja. Tadi pukul 10PM saya turun dengan niat hati nak alih kereta, tengok keadaan kereta dah macam ni.

“Kalau saya salah mungkin boleh tolerate dengn cara lain. Beritahu dalam group WhatsApp PPR Lembah Subang, dalam tu ada kakak, abang ipar saya dan jiran kampung saya. Apa patut saya buat ya? Kereta ni lah saya gunakan untuk ulang alik bawa mak ke hospital sampailah dia pergi,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meminta supaya individu berkenaan membuat laporan polis.



Tidak kurang ada yang ingin membantu untuk memasangkan semula cermin sisi yang telah dipatahkan.



Sumber: Facebook

Must-Watch Video

Advertisement