Skip to main content

Budaya Popular

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

astro_gempak_erra-fazira-minta-jangan-suka-hati-pegang-anak.png

Menurut Erra atau nama lengkapnya, Fazira Wan Chek setiap individu perlu meminta izin daripada ibu bapa kanak-kanak terlebih dahulu sebelum menyentuh.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia menegaskan menyentuh kanak-kanak sesuka hati bukanlah satu kebiasaan sebaliknya perlu ada rasa hormat kepada seseorang.

“Perkara ini mungkin biasa dahulu tetapi sekarang sudah tidak jadi kebiasaan dan ianya terpaksa kita kawal.
“Janganlah apabila ibu bapa itu tegur, tak selesa, kita rasa sensitif pula, tidak. Ini semua atas kebaikan semua.

Dalam pada itu, juri Kilauan Emas 2024 itu turut berkongsi pengalamannya ketika di bangku sekolah suatu ketika dahulu.

“Saya anak tunggal kepada ibu tunggal. Jadi memang berdikari.

“Saya darjah 1 dah naik bas biasa, memang dari sekolah rendah lagi memanng naik bas, bukan bas sekolah jadi saya dididik berdikari,” tutupnya.

Untuk info, Kilauan Emas 2024 bakal digegarkan dengan penampilan Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.

Selain Erra, bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda seperti Datuk Hattan dan pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang menyerikan lagi episod-episodnya.

Must-Watch Video

Advertisement