Skip to main content

Budaya Popular

Jarang Terima Tawaran Persembahan, Kumpulan Bocey Belum Terkubur - "Stesen TV & Radio Bukan Lagi Milik Kami"

whatsapp-image-2024-11-19-at-9-29-23-am.jpeg

Pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Mohd Nasir Hamzah atau Achey Bocey sedikit terkilan apabila kumpulan Bocey kini tidak lagi menerima tawaran daripada mana-mana stesen TV mahupun radio di negara ini berbanding dahulu.
 
Katanya, ketika kumpulan itu bertiga mereka sentiasa mendapat jemputan, baik daripada radio mahupun televisyen untuk melakukan persembahan.

Mengakui tertunggu-tunggu diberi peluang untuk muncul di kaca TV, Achey akui dia dan Fad terpaksa terus gagah untuk meneruskan kerjaya mereka.
 
"Stesen TV dan siaran-siaran radio kini bukan milik kami. Dah tak macam dahulu.
 
"Jadi.. panggil atau tidak sememangnya kami sentiasa menanti diberi peluang seperti sebelum ini.
 

 
Bagaimanapun kata Achey, masalah itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kumpulan itu menghentikan kerjaya seni mereka berdua.
 
"Nak tak nak kami kena jalan. Kami kena fikirkan macam mana untuk kekal dalam industri.
 

"Sebenarnya kumpulan Bocey ini masih ada. Kami dah bincang. Sekalipun salah seorang daripada kami tiada (meninggal dunia) nama Bocey tetap kami gunakan," ringkas Achey.

 
Sebelum kematian Abam pada 10 Februari 2020, Bocey sebelum ini mempunyai tiga anggota iaitu Fad, Achey dan arwah Abam.
 
Kumpulan Bocey merupakan kumpulan pelawak pertama yang memenangi Maharaja Lawak Mega sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu pada Maharaja Lawak Mega 2016 dan Maharaja Lawak Mega 2017.

Must-Watch Video

Advertisement