Menerusi perkongsian wanita yang dikenali sebagai Intan, dia mendakwa pegawai polis lelaki tersebut membuat isyarat lucah kepadanya ketika menyertai sebuah protes tempoh hari.
Intan yang juga jurufoto itu turut mendedahkan foto yang memaparkan pegawai tersebut membuat beberapa isyarat lucah hasil daripada tangkapan lensa kameranya.
Menjengah ke ruangan balas, ada individu lain turut mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual daripada pegawai polis sama beberapa bulan lalu.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa bengang terhadap tindakan jijik anggota polis tersebut malah berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas.