Ego tu tak bawa kemana! Itulah yang berlaku kepada Zafran (Remy Ishak) sepanjang minggu ini.
Selepas selamat bergelar suami isteri, Riya (Amyra Rosli) akhirnya hamil namun kedua-duanya masih meragui isi hati masing-masing.
Lucunya, Zaf pula yang terpaksa menahan alahan teruk sepanjang Riya berbadan dua. Dimana-mana saja, baik di rumah atau pejabat, Zaf mual-mual sampai loya tekak orang sekeliling!
Tapi paling sweet apabila Riya yang sentiasa berlapang dada itu pula yang merawat dan menjaga Zaf sepanjang sakit, demam dan alahan.
Paling sweet apabila Riya sendiri datang ke pejabat Zaf untuk membawakan bekal kepada suami tercinta. Mengada-ngadanya Zaf bila Riya nak suap dia sengaja pura-pura makin sakit.
Viral
JMC: Riya Hamil, Zaf Pula Alahan Teruk! Mengada-Ngada Bila Dah Sakit... Makan Pun Nak Kena Suap