Skip to main content

Budaya Popular

Julia Farhana Puji Suami, Anggap Dr Che Hafiz ‘Handsome With Brain’ - “Tak Pernah Borak Kosong & Selalu…”

astrogempak_julia_puji_suami.png

Pelakon Julia Farhana Marin berkongsi paparan skrin artikel senarai 10 doktor yang kacak di Malaysia dan salah seorangnya adalah suaminya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz.

Menerusi perkongsian itu, Julia memberitahu suaminya sememangnya mempunyai rupa paras yang kacak selain seorang yang bijak.

 

“Saya sangat bertuah ada awak dalam hidup saya,” kongsi Julia.

Suami & bapa bertanggungjawab

Memuat naik semula perkongsian isterinya, Dr Che Hafiz mengucapkan terima kasih atas pujian itu dan berkata dia kini hanya mahu fokus menjadi suami serta bapa bertanggungjawab.

 

“Terima kasih sayang. Dulu zaman kita dua series selalu layan saja benda-benda macam ini. Bila dah masuk awal tiga series ini tak apa la sekali sekala layankan saja.

 

“Sebab masih muda lagi katanya. Tapi bagi saya yang paling penting adalah istiqamah menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab,” katanya.

Must-Watch Video

Advertisement