Skip to main content

Berita Tempatan

#JusticeforZaynRayyan: Adik Kepada Zayn Rayyan Masih Dijaga JKM, Ibu Bapa Dibenar Melawat Namun Bersyarat

astrogempak_adik-zayn-rayyyan-masih-jagaan-jkm.jpg

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, kanak-kanak itu akan terus ditempatkan di rumah perlindungan JKM sebagaimana tempoh ditetapkan mahkamah sehingga penjaga yang layak dan sesuai dikenal pasti.

Berhubung sama ada ibu bapa kanak-kanak itu dibenar melawat, Azmir berkata, mereka mempunyai akses untuk berbuat demikian namun bersyarat.

Pada Jun lalu, adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan itu diambil JKM selepas mendapat perintah dari Mahkamah Majistret Shah Alam dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada ibu dan bapanya, Ismanira Abdul Manaf serta Zaim Ikhwan Zahari.

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Must-Watch Video

Advertisement