Skip to main content

Berita Tempatan

#JusticeforZaynRayyan: Ibu bapa Zayn Rayyan Dibenarkan Ikat Jamin RM20,000

dfrgf.png

Ibu bapa Zayn Rayyan Abd. Matiin yang didakwa atas pertuduhan mengabai kanak-kanak itu dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM10,000.

Tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun juga perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa secara bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan dilakukan di sekitar Jalan PJU, Damansara Damai di sini pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Berikutan itu, mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya. 

Sumber: Kosmo

Must-Watch Video

Advertisement