Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Menerusi entri pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, pelantun lagu Cukup Indah itu menzahirkan rasa kagum terhadap keesaan-Nya di samping menasihatkan pihak di luar sana supaya sentiasa berdoa dan bersujud kepada Sang Pencipta.
“Segala apa yang ada dekat dunia ni Dia yang cipta. Hanya dengan perkataan ‘kun’ sahaja, dan semuanya boleh dicipta.
“Dia tak perlukan kita, kita yang perlukan Dia. Jadi jangan berhenti berdoa dan jangan tinggal solat. Masya-Allah,” katanya.
Posting berkenaan berjaya menyentuh hati warganet di mana rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan yang diucapkan oleh aktor berusia 34 tahun itu.

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut meraih lebih 60,000 tanda suka dan hampir 500,000 tontonan di aplikasi Instagram.