Skip to main content

Trend Pasaran

Kak KM Bengang Kereta Mercedes S300 Diumpil - “Nak Makan Minta.. Nak Duit Minta, Aku Boleh Bagi!”

astro_gempak_kak_km_umpil.jpg

“Kalau kau nak makan minta.. kalau kau tak ada duit minta, aku boleh bagi.. jangan menyusahkan orang,” rasa marah itu diluahkan usahawan sensasi Liana Rosli atau Kak KM apabila kereta Mercedes S300 miliknya diumpil.

Mana tidak hangin, kereta bernilai RM400,000 itu jelas Kak KM bukan perkara mudah untuk dimilikinya.

Berkongsi kisah kepada Gempak mengenai kejadian itu, dia memberitahu kejadian berlaku malam tadi ketika dia dan suami tidak ada di rumah kerana berada di Penang.

Malah, kereta miliknya itu juga terpaksa diletakkan di bahu jalan berhampiran rumah memandangkan parkir di rumahnya telah penuh.


“Masa kejadian malam tadi, Nabila nak ambil barang dekat kereta dia.. waktu dia nak ambil kasut dalam kereta.

“So Kak KM tengok CCTV dari bilik rumah tapi tetap tak nampak sebab terlindung dengan tembok rumah,” katanya.

Kata Kak KM, dia mula perasan keretanya diumpil pada malam tadi.

“Malam bila sampai Kak KM ingat nak ke klinik.. jadi waktu itu yang Kak KM perasan ada terkulai-kulai.

“Anggaran kerugian akak tak pasti lagi.. sebab akak belum periksa dengan pusat servis,” katanya.


Walaupun sudah tiga tahun usia kereta berkenaan, jelas Kak KM dia tetap sayang kerana banyak berjasa kepada dia dan keluarga.

Pagi tadi, usahawan sensasi itu sempat berkongsi video kereta miliknya diumpil.

Dalam video berkenaan, usahawan itu dilihat mengeluh apabila melihat harta bendanya dirosakkan.

Must-Watch Video

Advertisement