Skip to main content

Budaya Popular

"Kami Tak Pernah Lari" - Razman Razmi Jelaskan Isu Hutang & Serangan Fizikal

astrogempak_razman_razmi_kena_pukul.jpg

Pereka fesyen, Razman Razmi, tidak menolak kemungkinan masalah hutang menjadi punca mereka diserang secara tiba-tiba oleh seorang jurugambar lelaki dalam sebuah acara di Petaling Jaya pada malam Rabu lalu. 

Razman, 53, menjelaskan dia mengenali jurugambar tersebut dan mengakui mempunyai hutang sebanyak RM20,000 yang berkaitan dengan penjualan kereta pada tahun 2019. 


“Dia kemudian menuntut semula jumlah RM20,000 yang telah dibayar," katanya ketika dihubungi oleh mStar. 

Tambahnya lagi, dia turut mengesahkan sebahagian daripada hutang tersebut telah dibayar, dengan sebanyak RM6,000 buat setakat ini. 

"Kami tidak pernah lari dari tanggungjawab. Dia boleh sahaja hubungi kami untuk meminta wang. Malah, kami pernah memberi wang kepadanya secara berperingkat, termasuk membantu apabila dia mengadu mengalami masalah kewangan," tambahnya.

Namun, dalam kejadian serangan tersebut, Razman dan Razmi mengalami kecederaan luka di bahagian pipi akibat dipukul dengan lensa kamera milik lelaki berkenaan. 


Biarpun diserang, Razman tetap meluahkan rasa simpati terhadap jurugambar itu, yang sudah dianggap seperti adik sendiri, dan bimbang insiden ini akan menjejaskan reputasi kerjayanya. 

"Apa pun masalah, dia boleh berbincang dengan kami. Kali terakhir kami bertemu adalah pada Disember lalu dalam sebuah acara. Kami tidak pernah menyekatnya daripada berhubung dengan kami. 

"Kami anggap dia seperti seorang adik dan berharap kes ini tidak menjejaskan perniagaannya," jelas Razman.

Sumber: mstar

Must-Watch Video

Advertisement