Berita Tempatan "Katalah Apa Yang Nak Dikata...Cercalah Sedaya Mana" - Ras Adiba Tak Benarkan Sesiapa Halang... ZULHILMI JALIL 10/09/2020 | 10:21 MYT Misi saya hanya satu, iaitu untuk perkasakan OKU. Masa saya kian suntuk, dan terlalu banyak yang perlu saya lakukan. Bila sahaja saya tersadung atau ditiup angin yang kencang, akan saya bingkas berdiri dengan semangat yang sukar dihalang. Katalah apa yang hendak dikata, cercalah sedaya mana. Kerna saya ikhlas untuk sahabat-sahabat saya. Akan saya terus berjuang untuk mereka, kerna nyawa dan harapan mereka, adalah amanah paling besar yang pernah saya terima. Dan tiadakan saya benarkan sesiapa menghalang perjuangan anak-anak OKU negara. Jelas, Yang Esa sayang pada mereka yang meniup semangat umatNya. Bukan pada mereka yang menjatuh kan air muka atau membuka aib manusia. Assalamualaikum buat Adinda dan Kekanda semua. Pohon jadilah pembakar semangat saya, doakanlah agar akan Allah restui hasrat saya dan sahabat-sahabat saya. Ras Adiba Radzi 100920 A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on Sep 9, 2020 at 9:23am PDT Topik Berkaitan #OKU #Ras Adiba Must-Watch Video Read more