Skip to main content

Trend Pasaran

Kecoh Video Lama Jadi Bahan Fitnah Masyarakat Dunia Terhadap Agama, Netizen Desak Usahawan Tampil Perjelas

astrogempak_kecoh-video-lama-jadi-bahan-fitnah-netizen-desak-usahawan-tampil-perjelas.png

Menerusi muat naik di platform X, tular beberapa rakaman yang memaparkan beberapa aksi kurang senang jemaah lelaki yang dikatakan menggugat keselamatan jemaah wanita di Masjidil Haram.


Gara-gara rakaman tersebut, ada yang menganggap tindakan usahawan tersebut merupakan salah satu gangguan melampau terhadap golongan wanita.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen meminta usahawan tersebut bertanggungjawab serta menjelaskan kepada masyarakat atas kekeliruan yang timbul.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen kesal dengan rakaman yang dimuat semula itu sehingga menggugat keharmonian dan mencemarkan kesucian Islam.

“Video engagement meletup sampai worldwide level. Siap jadi content fitnah agama,” tulis netizen.

“Tolong explain supaya mengelak fitnah agama,” gesa netizen.

“Jabatan Agama patut ambil tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah atas kesalahan agama dipandang hina,” ciap netizen lain.

“Tahniah, apa yang anda buat dulu niat hanya sekadar content tapi sekarang dah jadi fitnah pada agama sendiri,” komen netizen lagi.

“Sebab dia seorang, busuk nama agama,” ciap netizen lagi.

Must-Watch Video

Advertisement