Skip to main content

Berita Tempatan

Kejadian Tanah Jerlus Jalan Masjid India Bersifat Setempat, Selamat Dikunjungi

astro-gempak_tanah_jerlus__selamat_dikunjungi.jpg

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India pada Rabu, mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, kesemua agensi terlibat telah melaporkan hasil dapatan masing-masing dalam mesyuarat tersebut.

“Berdasarkan laporan tersebut, didapati bahawa kejadian tanah jerlus adalah bersifat setempat.

“Merujuk kepada maklumat geologi dan rekod penyiasatan tanah sedia ada, lokasi insiden tanah jerlus terletak atas formasi Kenny Hills dan secara amnya terdiri daripada selang lapis batuan schist, phyllite dan quartzite,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, DBKL kini sedang mengecilkan kawasan hoarding di tapak kejadian yang sebelum ini sepanjang 160 meter bermula dari Wisma Yakin sehingga Pondok Polis Jalan Masjid India.


“Kawasan lain adalah mendapan kedua iaitu di hadapan Pondok Polis Masjid India dan sebahagian Lorong Tuanku Abdul Rahman 3,” jelasnya.

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India hari ini dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif Perngurusan Projek DBKL, Mohamad Hamim.

Mesyuarat dihadiri wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dan Indah Water Konsortium (IWK).

Turut hadir Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Institusi Jurutera Malaysia (|EM) dan Pertubuhan Geoteknikal Malaysia (MGS).

Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Sumber: Kosmo ONLINE!

Must-Watch Video

Advertisement