Skip to main content

Viral

Kemalangan Ketika Berlakon Babak Lawan, Mata Sharifah Rose Bengkak!

sharifah-rose-mata-bengkak.jpg

Aktres baru Sharifah Rose terpaksa menghentikan penggambaran apabila wajahnya mengalami bengkak di bahagian mata akibat aksi lasak yang dilakonkan dalam beberapa babak berlawan. 

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi momen Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina, 23, untuk tatapan umum. 

“Bengkak weh mata Rose teraccident masa shooting. Babak berlawan terkena kepala Syefik.

“Kita kesian dekat dia, dia boleh kata thank you dekat dia sebab semua wrap awal sebab dia,” tulis pengguna tersebut. 

Dalam perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan mata kanan Rose bengkak, lebam sehingga penggambaran terpaksa dihentikan. 
 

 

Must-Watch Video

Advertisement