Menerusi perkongsian di TikTok, individu tersebut memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan ada seekor ulat sampah di atas sudu makanan yang dipesannya.
Dalam video pendek tersebut, kelihatan jelas seekor ulat sampah sedang bergerak di dalam mangkuk sup.
“Kedai tengah Bandar ada ulat sampah yang sihat gemuk gebu dalam sup,” tulisnya.
Tambah individu tersebut, dia turut membuat reviu terhadap perkhidmatan servis restoran tersebut yang didakwa sangat teruk.
“Dari segi servis, waiter slow mengarut, makanan pula kurang bersih.
“Toilet, kitchen dan tempat buat air pun dah macam apa tengok nak cakap apa pun tak tahu dah,” dakwanya lagi.
Menjengah ke ruangan balas, ada beberapa pengguna lain turut tampil memberi komen dengan mendakwa restoran tersebut sangat teruk.
“Sini la saya pi bawa family, Ya Allah penuh lipas sampai ke meja makan,” dakwa seorang netizen.
“Baru je pergi sini. Dulu lipas dalam air kopi ais,” dakwa netizen lain.
“Dah la mahal situ, Cik Ti (tikus) siap berlari-lari lagi kat tepi meja,” komen netizen lagi.
Malah, ramai juga memaklumkan restoran tersebut adalah restoran kegemaran mereka.
Video pendek tersebut kini meraih lebih 1.7 juta tontonan, 45,000 tanda suka dan 3,400 komen.