Skip to main content

Viral

“Kenapa Tak Masuk Gegar Vaganza?” Kini Penjual Penapis Air, Peminat Mahu Lihat Faizal AF4 Kembali Menyanyi

faizal-af4.jpg

Sejak dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 4 (AF4) sekitar 16 tahun lalu, kelibat Mohammad Faizal Ramly jarang kelihatan.

Sempat menghasilkan sebuah album, karier nyanyian Faizal dilihat kurang menonjol berbanding bintang-bintang AF4 yang lain.

Selepas sekian lama tidak menonjolkan diri di khalayak, baru-baru ini, Faizal kembali menjadi bualan netizen apabila membuat kemunculan di platform TikTok.

Menerusi beberapa hantaran video yang dikongsi, Faizal kini difahamkan bergelar usahawan dan menguruskan perniagaan baharu menjual barangan kelengkapan rumah, Coway.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement