Skip to main content

Berita Tempatan

Kerajaan Greece Mula Laksana Peraturan Kerja 6 Hari Seminggu

astro-gempak-greece-6-hari-bekerja.jpg

Greece menjadi negara Kesatuan Eropah pertama yang melaksanakan kerja enam hari seminggu dalam usaha kerajaan meningkatkan produktiviti bekerja.

Di bawah peraturan yang berkuat kuasa hari ini, perniagaan swasta yang menawarkan perkhidmatan 24 jam boleh memberi kakitangan pilihan untuk bekerja tambahan dua jam setiap hari atau syif lapan jam tambahan dengan gaji harian dinaikkan sebanyak 40 peratus.

Inisiatif berkenaan tidak termasuk bagi pekerja dalam industri perkhidmatan makanan dan pelancongan.

Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis telah menggelar minggu kerja baharu sebagai ‘mesra pekerja’ dan bertujuan untuk memastikan pekerja diberi pampasan untuk kerja lebih masa sambil membanteras kerja yang tidak diisytiharkan.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Kakitangan Awam Greece Adedy, Akis Sotiropoulos pula berkata, keputusan kerajaan negara untuk melanjutkan minggu bekerja kepada enam hari adalah bertentangan dengan setiap negara Eropah yang lain.

"Ia tidak masuk akal sama sekali. Apabila hampir setiap negara bertamadun berubah ke arah empat hari bekerja dalam seminggu, Greece memutuskan untuk pergi ke arah lain,” katanya.

Pekerja di sana sudah pun menghabiskan purata 41 jam seminggu, paling banyak di Eropah, menurut statistik yang disusun oleh agensi Kesatuan Eropah Eurostat.

Sumber: UPI

Must-Watch Video

Advertisement