Skip to main content

Viral

Kerap Sebut Masya-Allah & Simpan Janggut Panjang, Penonton MLS 2 Perhati Perubahan Nabil Ahmad! Rupa-Rupanya...

untitled-design-2021-03-06t161114-946.png

Seorang pengguna Facebook bernama Khaizura Khalid berkongsi pendapatnya mengenai perubahan pada pengacara Nabil Ahmad.

Menurut Khaizura, mungkin ada penonton program Muzikal Lawak Superstar 2 semalam yang menyedari pengacara itu kerap menyebut perkataan 'Masya-Allah'.

Oleh kerana menyedari perubahan tersebut, Khaizura mengulas kembali sesi siaran langsung antara Prof Muhaya dan KK Talib bersama Nabil dan Zira yang disaksikannya pada 28 Februari lalu.

Dalam sesi siaran langsung itu, Nabil berkongsi pengalamannya pergi melakukan khuruj atau berdakwah bersama jemaah lain.

"Menangis Nabil nak kongsi kisahnya sebab takut orang ingat dia menunjuk-nunjuk, tapi bila bonda Prof minta Nabil kongsikan, Nabil setuju kongsi," tulis Khaizura.

Selepas khuruj tiga hari, isteri Nabil, Zira menyedari banyak perubahan pada suaminya itu.

"Bila Nabil kata nak keluar khuruj, Zira macam berat hati, tapi bila tiba harinya tu, Zira bagi juga pergi dan dalam masa tu baru rasa lain," tulis Khaizura lagi.
 

Yang menonton Muzikal Lawak Superstar 2 malam tadi, mungkin perasan dengan perubahan Nabil yang sedikit cool dan...

Must-Watch Video

Advertisement