Label hiburan Rocketfuel Entertainment bersama label rakaman yang sedang meningkat naik, Werkit Records bersepakat menjalinkan sebuah kerjasama strategik buat pertama kalinya dalam usaha memperkenalkan barisan artis BBNU (Budak Baru Nak Up) naungan mereka menerusi sebuah konsert mini istimewa pada 30 Ogos 2022 ini.
Pengasas Werkit Records dan juga komposer Sharon Paul berkata, idea konsert mini berkenaan tercetus ketika berlakunya pandemik COVID-19 beberapa tahun lalu.
“Ketika itu, kami tidak berpeluang untuk mengadakan sidang media secara rasmi, namun setelah bertemu dengan Kelly Azman dan rakan kongsi, kami bersepakat untuk mengadakan showcase, manakala Feros Sayna pula mencadangkan agar lokasinya diadakan di Nero Event Space.
“Konsert mini ini dinamakan Mimpi Showcase kerana ini merupakan impian dan ‘mimpi’ artis-artis kami untuk bergelar artis, beraksi di pentas pertunjukan dan menjadi artis rakaman, semuanya bermula dengan ‘mimpi’ untuk menjadi bintang suatu hari nanti,” katanya.
Viral
Kerjasama Unggul Antara Rocketfuel Entertainment & Werkit Records Perkenal BBNU Popular Tanah Air Menerusi Showcase Mimpi