Skip to main content

Berita Tempatan

Kes Buli Siber, Peguam Zahir Pendapat Mengenai Denda RM100

astrogempak_-mengenai-denda-rm100.jpg

Peguam, Dinesh Muthal menzahirkan pendapat mengenai hukuman ringan yang diterima oleh individu bernama Shalini yang didakwa melakukan siber buli terhadap pempengaruh dikenali sebagai Esha sehingga dipercayai menyebabkan wanita itu membunuh diri.
 
Dinesh menjelaskan, tiada undang-undang yang khusus digubal terhadap jenayah buli siber, sehingga menyebabkan hukuman diterima suspek dilihat tidak setimpal dengan apa yang dilakukan.
 

 
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, turut melahirkan rasa kecewa terhadap jumlah denda sebanyak RM100 yang dikenakan ke atas pemilik rumah kebajikan itu yang menggunakan bahasa kesat di platform TikTok.
 
Menurut Fahmi, sungguhpun denda tersebut dilihat sebagai ringan dan menjadi punca segelintir individu tidak gentar dengan hukuman yang dikenakan, beliau bagaimanapun menerima keputusan mahkamah berdasarkan bukti terkumpul. 
 
"Ini adalah sikap yang sangat membimbangkan, dan saya sangat kecewa dengan denda itu, yang nampaknya sangat kecil," katanya.

 
Terdahulu, Esha, 30, dipercayai mengambil nyawanya sendiri selepas dia didakwa dibuli oleh beberapa individu di laman sosial.
 
Sumber: Astro Ulagam

Must-Watch Video

Advertisement