Menyampaikan lagu Aku Pergi Tanpa Pesan nyanyian asal biduanita negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Gie berjaya mendapat standing ovation penonton termasuklah para juri.
Untuk persembahan kedua pula, Gie menyampaikan lagu duet bersama Sidi berjudul Jangan Menangis Sayang nyanyian asal oleh Safura dan Oney.
Gie juga turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas Berkilau of The Week.
Naib juara pula berjaya menjadi milik Sidi yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, pakej umrah dan pakej percutian beserta trofi.
Manakala tempat ketiga milik Ina dan melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, pakej umrah dan pakej percutian beserta trofi.
Sementara itu, Sue pula dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat, Wan tempat kelima dan Ron di tempat keenam.
Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, pakej umrah dan pakej percutian beserta trofi.
Kilauan Emas 2024 dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis jemputan yang membuat persembahan iaitu Fauziah Latiff, Ramlah Ram dan juga finalis program The Choosen One.
Kilauan Emas 2024 menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.
Manakala barisan juri pula adalah Erra Fazira, Datuk Hattan dan Edry Abdul Halim.
Kilauan Emas 2024 akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi saluran Astro Prima (saluran 105).
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Untuk pilihan lebih fleksibel, Kilauan Emas 2024 boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30% dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu. Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.