Skip to main content

Budaya Popular

Komen Emoji Hati Pada Hantaran Amira Othman, Netizen Usik Fattah Amin - "Wow Love Tanda Sayang..."

astro_gempak_fattah-amin-amira-othman.jpg

Menerusi ruangan komen posting pelantun lagu Hati Hati itu, aktor filem Pendekar Awang tersebut meninggalkan komen lima emoji hati berwarna biru.

Komen berkenaan menerima ribuan tanda suka berserta ratusan peminat yang ‘merestui’ sekiranya Fattah mempunyai hubungan rapat dengan Amira.

"Ini yang kami mahukan.

"Wow Abang Long (Fattah Amin) masuk, bersemut skrin.

“Love tanda sayang dan cinta kan?," komen beberapa netizen.

Terdahulu, Fattah pernah memuat naik gambar bersama Amira di Instagramnya.

Sejak bulan lalu, nama Fattah dan Amira menular di media sosial selepas dikatakan menjalin hubungan cinta. 

Namun, kedua-duanya menjelaskan bahawa hubungan mereka sebatas urusan kerja sahaja.

 

Must-Watch Video

Advertisement