Hanya menanti jodoh, pelakon Sharifah Rose berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang ingin dijadikan calon pasangan hidupnya.
Sharifah, 26, berkata, antara ciri tersebut adalah seorang yang rajin, lemah lembut dan aktif bersukan.
“Masa itu akan sampai bila Allah izinkan, saya hanya menanti sahaja. Rancangan untuk mendirikan rumah tangga mestilah ada, mustahil tak nak kahwin kan.
“Ciri-ciri lelaki idaman mestilah dia seorang yang rajin, bekerja keras, lemah lembut, menghormati ibu bapa, ‘family person’ dan aktif dalam sukan.
“Yang paling penting keluarga saya restu dan menyukai lelaki tersebut,” kata Sharifah berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual di TikTok NONA.
Lelaki tubuh sasa
Dalam pada itu, pelakon drama Dua Darjat tersebut juga berkata, dia kurang berminat dengan lelaki yang tubuhnya terlalu sasa atau berotot.
“Ciri lelaki yang saya cuba elak pula yang badan terlalu sasa,” ujarnya lagi.
@nona.my Seronok rasanya dapat berbual santai seketika dengan pelakon jelita @sharifahrose_ sewaktu acara fesyen Rico Rinaldi baru² ini. Dah alang² jumpa, sempat kami tanyakan persediaan dirinya untuk kekal cantik dan bertenaga waktu Ramadan nanti. Pastinya tak terlepas juga kami ajukan usikan manja soal jodoh & hati. Susah tak nak memegang erat hati pelakon manis ini? #majalahnona ♬ original sound - NONA