Skip to main content

Trend Pasaran

Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”

untitled-design-(96)_1.jpg

Selebriti media sosial fenomena, Khairul Aming sememangnya bukan nama asing lagi dalam kalangan netizen.

Sering berkongsi resepi makanan, pempengaruh dan pencipta kandungan itu bagaimanapun tidak lupa untuk menjaga diet harian serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut Khairul menerusi hantaran terbaharunya di Platform X, dirinya menyasarkan untuk turun berat badan pada Ramadan tahun ini seperti mana yang berjaya dilakukan pada tahun lalu.

“Apa yang saya makan setiap hari semasa bulan Ramadan. Bulan lepas hilang empat kilogram, bulan ni sasarkan untuk turun beberapa kilogram sebelum raya.

“Semua benda makan, yang penting kawal portion dan bersenam,” kongsinya.

Must-Watch Video

Advertisement