Skip to main content

Budaya Popular

Kongsi Momen Sebelum Tunai Solat, Ibu Titip Pesanan Buat Rebecca Nur Al-Islam - “Biarkan Dunia Kecam Kita, Allah Ada”

astrogempak_ibu_rebecca_pesanan.png

Konflik antara keluarga usahawan Bonda Rozita dan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Menerima pelbagai kecaman, Rebecca menerusi Instastory berkongsi momen antara dia dan ibunya sementara menunggu waktu untuk menunaikan solat.

Rebecca memberitahu ibunya ada menitipkan pesanan kepadanya agar untuk tidak bersedih dan membiarkan sahaja kecaman selain tak perlu untuk membaca berita mengenai dirinya.

 

“Sementara menunggu untuk solat. Ibuku, mama pesan, adik jangan sedih. Biarkan dunia kecam kita, Allah ada. Jangan tengok la berita-berita tu,” katanya.

 

Pada perkongsian yang sama, Rebecca berkata dia berasa yakin dirinya seorang yang kuat untuk menempuh dugaan fitnah di dunia.

Kuat hadapi dugaan

“Mamaku, tak apa. Insya-Allah anak mu kuat menempuhi dugaan fitnah dunia,” kongsinya lagi.

 

Terdahulu, keluarga Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian netizen apabila Rebecca menafikan dakwaan Shahida bahawa dia lebih sudu dari kuah apabila kerap memuat naik gambar kakak ipar barunya, Bonda Rozita Ibrahim.


Tak berdiam diri, anak Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Datin Shahida.

Must-Watch Video

Advertisement