Skip to main content

Berita Tempatan

Kongsi Nombor Telefon Peribadi, Nabila Razali Terima Lebih 33,000 Mesej Di WhatsApp

nabila11.jpg

Pelakon dan penyanyi Nabila Razali menerima lebih 33,000 mesej di WhatsApp dalam tempoh beberapa jam selepas berkongsi nombor telefon peribadinya kepada peminat.
 
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali, 28, berkata, notifikasi pesanan yang diterima tanpa henti itu menyebabkan dia sukar untuk membalas setiap mesej.
 
"Korang tak percayakan saya beri nombor peribadi saya. Tengok ni apa yang berlaku di telefon saya. Panggilan dan mesej tanpa henti masuk.
 
"Korang ni sabarlah sikit. Macam mana saya nak balas kalau keadaan macam ni, mahu meletop sampai kan WhatsApp jadi sangkut...tapi saya sayang awak semua," kongsinya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

Must-Watch Video

Advertisement