Tular di Platform X baru-baru ini tentang pelanggan homestay yang bersikap biadap dengan merungut tentang kualiti bahan makanan yang disediakan oleh pemilik penginapan.
Menerusi tangkap layar perbualan, dapat dilihat pelanggan itu menghina kualiti makanan seperti beras, telur dan kicap yang disediakan secara percuma oleh pemilik homestay berkenaan.
“Orang bayar RM250 bukan sikit bagilah beras elok sikit. Ingat kami ayam ke nak bagi makan beras macam tu?,” getus pelanggan itu.