Siti menyampaikan seleksi lagu-lagu hitsnya seperti Ku Milikmu, Satu Cinta Dua Jiwa, Kau Sangat Bererti, Percayalah, Kau Kekasihku, Jaga Dia Untukku, Biarlah Rahsia dan Bukan Cinta Biasa dan Ku Mahu.
Ruang Arena of Stars terus bergema dengan sorakan kira-kira 5,100 penonton yang hadir apabila dua permata kesayangan muncul di atas pentas.
Menyampaikan lagu Nadi yang dipetik dari album Sitism iaitu album solo ke-20, Siti diiringi anak sulungnya, Siti Aafiyah yang bermain keyboard.
Hampir tiga jam beraksi dengan menyampaikan 39 buah lagu memberi kepuasan kepada peminat, Siti menghadiahkan lagu hits Destinasi Cinta di akhir konsert yang juga konsert solo penutup bagi tahun ini.
