Penyanyi yang begitu mendapat tempat istimewa dalam kalangan peminatnya, Kunto Aji akhirnya bakal masuk ke Malaysia.
Terima kasih kepada Shiraz Project yang merealisasikan impian peminat penulis kreatif dan penyanyi penuh rasa yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia ke ibu kota.
Kunto Aji dijadualkan mengadakan konsert perdananya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 bermula pukul 8.30 malam.
Seperti mana teruja peminatnya, Kunto Aji menerusi kemas kini di akaun Instagramnya mahu khabar kedatangan ke Malaysia dihebahkan.
“Saya datang Malaysia, siarkan khabarnya,” tulis pemilik album Generation Y (2015) dan Mantra Mantra (2018) tersebut.
Viral
Konsert Perdana Ogos Ini Di Malaysia, Kunto Aji: “Siarkan Khabarnya”