Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian netizen setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi di aplikasi X.
Dalam entri tersebut, Sajat menyelar tindakan golongan heteroseksual yang terlibat dalam video lucah ‘Hot Daddy’ kerana disifatkan sebagai memalukan Islam.
“Kalau aku jijik, jijik lagi yang straight bagai. Kalau pondan berani, berani lagi yang straight buat bukan-bukan, MEMALUKAN ISLAM!” getusnya.
Dalam pada itu, Sajat juga seolah-olah menyalahkan golongan heteroseksual berkaitan bencana alam yang berlaku di Malaysia.
“Patutlah macam-macam bencana berlaku dekat Malaysia tu! Laknatullah! Putar balik ayat yang dulu bagi dekat aku, sekarang korang makan balik dan hadap ayat tu,” tambahnya lagi.
